![]() |
|
|||||||||||
Portal Pendidikan Utusan MalaysiaPortal Pendidikan Utusan Malaysia (Bestari) dibangun, diurus dan dikendalikan oleh Unit Pendidikan Utusan, Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat penerbitan terunggul di Malaysia dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Portal ini merupakan gerbang pendidikan elektronik berasaskan web percuma yang paling popular di Malaysia dengan purata kunjungan setiap sebulan sehingga enam juta. Portal Pendidikan Utusan (Bestari) meliputi lebih 20 bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk semua peringkat iaitu peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sampiang bahan-bahan tambahan untuk Prasekolah dan Prauniversiti. Bahan-bahan di dalam E-Tuisyen dan Bank Soalan disediakan oleh sekumpulan guru jurulatih utama dan guru pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan semua bahan yang disediakan mengikut format dan sukatan pelajaran terkini yang telah digariskan oleh Bahagian Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala untuk bahan-bahan P&P Bestari pula disediakan oleh syarikat Telekom Smart School Sdn. Bhd. syarikat pemaju kandungan kursus yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk keperluan Sekolah Bestari di seluruh negara. Selain membangun dan mengendalikan Portal Pendidikan Utusan Malaysia (Bestari), Unit Pendidikan Utusan juga menerbitkan akhbar sisipan pendidikan yang dinamakan Pendidikan Bestari (sebelum ini dikenali sebagai Pendidikan Utusan Malaysia) yang diterbitkan secara percuma setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad bersama-sama akhbar Utusan Malaysia. BELAKANG TABIR
|
Copyright @ 2009 Home Tuition @ Home Tuition Malaysia |
|---|